Thursday, January 29, 2009

Episod 3

Desisan manja Izah sudah pasti membuka pintu nafsu Fir untuk menakluk pagar ayu Izah, tetapi tempat serta masa tidak menyebelahi mereka. Izah membetulkan kain kebayanya yang terselak dek ramasan Fir. Tersipu-sipu Izah menahan merah muka asmaranya itu. Fir mungkin mahu membawanya ke hotel malam ini untuk menghabiskan wayang mereka, fikirnya.

Fir kembali ke tempat duduknya dan pelayan tetamu sedang menghidangkan sajian tengah hari mereka. Fir membantu Izah memotong sirloin steak dan menyuapkannya ke mulut Izah. Izah bagaikan di alam fantasi, dilayani bagaikan puteri oleh Fir. Mereka menikmati lunch date mereka dalam suasana yang begitu ceria sekali. Izah tidak putus-putus memuji hadiah set wangian Chanel pemberian Fir sebentar tadi. Sementara itu di bawah meja, aksi pergeselan kaki atau footsie rancak berjalan dan amat menaikkan nafsu kedua-duanya yang sedang makan bersama.

Fir kembali di pejabatnya. Terdapat beberapa longgokan fail dan dokumen di mejanya untuk disemak. Fir membetulkan duduknya dan memulakan kerjanya. Setiap dokumen perlu disemak kira-kiranya, butirannya dan ketepatan maklumat sebelum difailkan kepada ketuanya. Fir dikenali sebagai seorang yang amat profesional dan teliti dalam pekerjaannya, lantaran itu seringkali menjadi contoh kepada ketuanya. Ketekunan dan kecekapan Fir menjalankan tugasnya sebagai eksekutif kanan memberikan kepuasan serta hasil yang membanggakan. Fir kini tersenyum bangga dengan aset yang dimilikinya: sebuah kondominium lengkap di pinggir bandaraya, simpanan puluhan ribu ringgit, perniagaan melalui Internet yang berjaya, kereta dan motosikal Ducati hypermotard kesayangannya. Dan Fir juga sentiasa memastikan penampilan luaran dan dalamannya diisi sepanjang masa. Sebab itulah Fir amat menghargai usahanya sendiri dan dalam masa tiga minggu dari sekarang dia akan bercuti ke Australia selama seminggu. Ya, bercuti di Australia… dengan siapa ya? Itulah persoalannya, adakah teman untuknya ke sana?

Sudah pukul empat setengah petang dan perut Fir mula rawan minta diisi. Fir terus ke kafe membungkus kuih-muih pilihan hatinya. Fikiran yang kusut harus dileraikan. Di satu sudut kafe, Fir ternampak sekumpulan lelaki berbaju putih ala krew pit BMW Sauber Petronas duduk menikmati minum petang. Perasaan hairan dan kagum Fir terhadap kumpulan lelaki itu bertambah sejak Fir melihat mereka berpakaian merah ala krew pit Scuderia Ferrari Marlboro... dan setiap kali itu juga deretan tiga kereta Ferrari tersergam kacak di perkarangan letak kereta eksekutif. Punyalah hebat sehinggakan ketua pegawai eksekutif syarikat tidak berani memarkir Mercedes-Benznya setiap kali deruman Ferrari ini mengaum!

Telefon bimbit Fir berbunyi. Deringan lagu Katy Perry yang lantang menarik perhatian beberapa staf di kafe untuk turut sama menuruti lirik lagunya. Cepat-cepat Fir keluar dari situ dan menyahut panggilan yang mengejutkannya itu. Panggilan daripada Ayu!

"Abang ada di pejabat? Ayu nak datang minta abang mengesahkan dokumen urusniaga pelanggan."

"Abang di kafe ni. Sekejap lagi abang naik. Oh ya, Ayu mahu apa-apa? Abang boleh belikan."

"No, thanks abang. I'll see you shortly ya," lembut saja tutur katanya yang bisa meleburkan emas tulen 24 karat.

Fir kelam-kabut naik ke atas dan membetulkan susun letak mejanya yang agak berterabur dengan kertas-kertas kerja. Fir menyorokkan hadiah Ayu di bawah mejanya. Dan saat itu jugalah Ayu datang, membuatkan Fir beku serta-merta atas penampilan Ayu yang sederhana hari ini, walaupun mengenakan sedikit mekap dan skirt labuh.

Ayu meletakkan dokumen urusniaga pelanggan di atas meja Fir dan duduk di kerusi bersebelahan Fir. Dengan penuh sopan Ayu meminta Fir memeriksanya. Seperti kebiasaannya apabila berurusan dengan Fir, Ayu menanggalkan kasutnya, menggeselkan kedua-dua kakinya, menunduk sedikit menunjukkan lurahnya yang membuatkan jantung Fir berombak tsunami. Sambil bekerja, mereka berbicara tentang kehidupan dan sesekali tertawa. Setelah selesai dengan kerjanya, Fir mempelawa Ayu untuk makan bersamanya, namun Ayu menolak lembut.

"Sebelum Ayu pergi, abang ada sesuatu untukmu."

Fir berdiri, meminta Ayu menutup matanya. Tangannya Fir paut dan dengan penuh hati-hati disangkutkan beg kertas berisi hadiah siap dengan sekeping coklat kegemaran Ayu.

"Apa ni, abang? Ada-ada sajalah abang ni. Mesti ada sesuatu ni. Janganlah main-main, Ayu tak tahan la," rengek Ayu.

Fir amat suka menyeksa Ayu sebegini.

"There. You'll love it."

Ayu cuma terlopong dengan hadiah pemberian Fir. Juga gembira kerana coklat kegemarannya ada bersama. Bungkusan hadiahnya yang dikemaskan dengan beg kertas berwarna merah jambu itu sudah cukup memberitahu Ayu isi kandungannya. Ayu gembira sekali, lantas memeluk Fir tanpa sedar.

"Terima kasih abang, Ayu suka sangat!" Fir terkejut dengan reaksi spontan Ayu itu tidak mampu berkata sepatah perkataan. Ayu menyembamkan kepalanya ke dada Fir dan memeluknya erat. Sungguh mendalam perasaan Ayu ketika itu kerana mula menyedari betapa Fir menghargai dirinya.

"Ayu, kita kat office ni. Nanti apa pulak orang cakap," kata Fir untuk meleraikan pelukan Ayu yang tidak disangka-sangka. Sebenarnya hati Fir suka, tetapi memandangkan tempat dan masa yang tidak sesuai maka terpaksalah Fir bertindak dahulu. Sabar itu lebih besar ganjarannya, pegangan asas falsafah hidup Fir.

Tidak semena-mena Ayu mengucup pipi Fir dengan begitu pantas, lebih kurang 0.05 saat. Ciuman yang membuatkan halilintar memanah Fir. Pandai pula Ayu sekarang ni, bisik Fir sendiri. Gelojak nafsu Fir membara bagaikan api nyalaan berkilau mahu saja menggauli Ayu tetapi menyedari situasi tidak mengizinkan, Fir lepaskan juga pelukan Ayu yang belum terlerai dari tadi.

Thanks abang for the present.”

Di suatu sudut berhampiran unit Fir, ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka dengan setitik rasa cemburu. Dirinya maklum akan perhatian Fir selama ini cuma dibataskan sahaja. Fir langsung melupakan diriku, fikirnya. Oh Fir, ketahuilah bahawa aku juga meminatimu…

Fir, siapa pula gadis yang memerhatikanmu ini?

No comments: