Wednesday, February 4, 2009

Episod 4

“Kiranya kau tahu, betapa girang hatiku bila melihat wajahmu… andai kau tahu betapa aku amat meminatimu… tahukah kau sepatutnya akulah dalam rangkulanmu itu…”

Gadis itu menyorokkan diri di sebalik sudut, memerhatikan aksi spontan mereka berdua. Matanya seperti berair seakan memendam rasa. Dia merasakan peluangnya untuk merapati Fir seakan lebur tatkala Ayu mencium pipi Fir, lantas berjurai setitik dua air mata jatuh ke pipi. Tetapi gadis itu tetap tabah, dan menanam azam untuk berdampingan dengan Fir, walaupun cuma seketika. Secara perlahan-lahan gadis itu pergi dari situ, menahan gelodak kecemburuan yang mula mencucuh jiwa.

Ayu melepaskan rangkulannya dari bahu Fir. Dokumen yang diberikan kepada Fir untuk disemak diambilnya semula. Satu persatu helaian kertas kerja dan urusniaga disemak semula untuk memastikan Fir telah melakukan tugasnya. Ayu tersenyum dan dengan hadiah set wangian Dior pemberian Fir di tangan, Ayu berlalu sambil menyanyi kecil seperti mergastua berkicau cip-cip-cip di dahan pokok beringin.

Fir berdiri melihat Ayu pergi. Melihatkan Ayu berlalu dan berkicauan seperti burung pipit itu terasa mahu dikejarnya bak sang garuda, tetapi ditahannya. Nanti apa pula kata orang, fikirnya. Fir tersenyum dengan reaksi spontan Ayu tadi. Ciuman di pipi dan pelukan seketika melengkapkan hari indah Fir. Tak sia-sia aku berhabis untuk mereka, bisik Fir sendirian. Biarlah, biarkan Ayu dan Izah berseronok dengan permainan mereka itu. Permainan set Chanel dan Dior pemberiannya, untuk dirinya juga. Pelaburan menyerah diri yang bijak, bernas lagi berkrim.

"Wah Ayu, hebat betul kau ni. Baru tiga bulan bekerja dah dapat hadiah mahal. Secret admirer bagi ke?" usik Lina tatkala Ayu meletakkan barangnya di meja.

"Alah, client bagi kat aku, bukannya ada sesiapa pun yang minat kat aku ni," ujar Ayu merendah diri. Ayu memang terkenal dengan keramahannya.

"Macamlah aku tak tahu, Ayu. Takkan kau tak perasan perhatian Fir kat kau akhir-akhir ni. Dari malam tahun baru aku perasan. Kemain lagi korang berpegangan tangan," tempelak Lina.

"Hish, mana adalah! Fir dengan I saja je tu. Nak jealouskan kawan-kawan, macam kau. Eh, aku nak buat pulanglah. Jom balik."

Sebenarnya dalam dasar hati Ayu sendiri mengakui kata-kata Lina tadi. Fir seperti memberi perhatian lebih padaku, fikirnya. Fir sungguh romantik bila bersamanya. Ayu rasa hidupnya agak bahagia sejak mengenali Fir. Masakan Ayu membelikan Fir CD Katy Perry, berpakaian menarik dan menggeselkan kaki. Habis, kucupan yang dikongsi pada malam tahun baru dan kata-kata cinta Fir itu, ah, bukankah itu petanda bahawa Fir mencintainya? Bukankah pemberian Fir itu tanda kasih sayang Fir padanya? Habis tu apakah alasan Ayu apabila mencium pipi sepantas 0.05 saat serta rangkulan sedetiknya tadi?

Oh my god, Ayu, wake up! Fir mencintaimu! Ayu, tidakkah kau juga menaruh hati padanya?

"Aku juga sayang padamu, Fir. Loving every moment with you," dalam tidak sedar Ayu menuturkan kata-kata itu perlahan. Terus dari dalam hati nuraninya.

Tetapi ada satu masalah. Ayu telah mempunyai teman lelaki, dan mereka sedang rancak merangka pelan projek pembinaan ‘masjid’ yang bakal didirikan, mungkin tahun depan. Ini bermakna Ayu berada dalam dilema, sesuatu yang amat ditakutinya. Dilema ialah suatu perkara yang amat menggusarkan kerana keputusan yang tepat harus diberikan dengan penjelasan terperinci dan praktikal. Potensinya untuk curang terhadap boyfriendnya demi kecenderungannya terhadap Fir amat cerah sekali ketika ini. Sayang tetap sayang, cuma sayangnya boyfriendnya itu agak naïf dan baran orangnya. Walaupun sudah dua tahun bercinta, tetapi jiwa Ayu tidak pernah mengalami cetusan cinta sehebat ini bersama Fir. Ianya bagaikan deru pesawat Garuda Indonesia di landasan 32R KLIA. Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini mereka selalu bertengkar mengenai perkara sekecil biji sawi. Entah mengapa.

Fir duduk menyendiri. Membiarkan mejanya berselerak dengan kertas-kertas kerja. Secawan kopi panas dihirup melegakan kesejukan pejabat yang menggigit. Bekalan Marlboronya belum disentuh lagi hari ini. Kopinya diminum sehingga habis, mejanya dikemaskan dan segala kelengkapan untuk memulakan hari esok disediakan supaya tidak kelam-kabut pada keesokannya. Semuanya siap, fikirnya. Mengerling jam dinding sudah menghampiri pukul enam, dan Fir terasa mahu pulang awal hari ini.

Ayu memandu keretanya dengan selaju 70 km/j. CD lagu-lagu trance Armin van Buuren yang terpasang ditukar dengan lagu-lagu cinta. Dia menyanyi sendirian betul-betul setelah melintasi gerbang tol Smart TAG. Tidak sabar untuknya membuka hadiah yang terlentang dalam beg kertas. Memang benar Fir sayangkan aku, fikirnya.

Pemanduan Ayu yang agak terikut-ikut dengan lamunan fairytalenya dikejutkan dengan hon kuat dan lantunan cahaya lampu daripada sebuah motosikal. Ayu terkejut dan hampir membrek keretanya, tetapi dapat dikawalnya. Ayu dihinggapi rasa bersalah kerana lalai dalam pemanduan. Dan yang menambah kepucatan wajahnya, motosikal itu mulai perlahan dan melaraskan kelajuannya sekata dengan kereta Ayu.

"Habislah aku kali ini."

Penunggang motosikal itu meminta Ayu membuka tingkapnya. Dalam ketakutan, Ayu menurunkan tingkap. Muka Ayu kalau ditoreh nescaya tiada darah keluar darinya. Alangkah indahnya jika ini mimpi semata-mata, detup hati Ayu.

Lain pula yang berlaku. Dengan tidak semena-mena sekeping kad dilayangkan ke riba Ayu. Ayu kehairanan, dan belum sempat Ayu cuba mengecam penunggang itu membuat flying kiss lantas memecut laju membelah lebuhraya.

Siapakah penunggang misteri itu?

No comments: