Monday, February 23, 2009

Episod 6

Perempuan berpakaian seperti pramugari Firefly itu hanya senyum dan melihat Fir. Lirikan mata dan senyumannya membuatkan Fir terpana tanpa kelip. Izah dan Ayu tersenyum saja. Perempuan misteri itu membuka butang bajunya satu persatu, tetapi tidak semua, menampakkan colinya yang menutup payudara sederhana besarnya. Kemudian dia melepaskan sanggul rambutnya yang mendedahkan ulikan mayang rambutnya yang lembut diurus Sunsilk. Kaki kanannya diletakkan ke tepi katil Fir. Perlahan-lahan gadis itu melurutkan pantyhose dan mencampakkannya ke muka Fir. Fir terangsang lagi. Dan sebelum sempat Fir memanaskan enjinnya sekali lagi, ketiga-tiga wanita itu menyelubungkan Fir dengan selimut. Maka terperangkaplah Fir dalam kegelapan.

Fir terkejut beruk. Beruk pun rasanya tidak kejang otot seperti itu.Rupa-rupanya fantasi itu mimpi semata-mata. Fir kecewa sesangat!

"Awak memang dah tak sayangkan saya!"

"Saya malas nak melayan awak ni. Sikit-sikit tak boleh, apa yang boleh? Ikut kemahuan awak je semuanya ke hah?"

Malam itu Izah menangis lagi. Tamparan berpijar menyinggahi pipinya yang gebu itu. Pertengkaran yang entah apa-apa menjadikan rumahtangganya seperti hilang pedoman. Suaminya kini lain dari dulu. Siangnya yang indah menjadi punah gara-gara kesetanan suaminya. Apakah yang merasuk suamiku? Dia yang kukenal bukan begini. Semuanya aku berikan, tanggungjawabku sebagai isteri kujalankan dengan penuh dedikasi. Hanya kerana benda-benda remeh, perang sahaja. Padanlah kebahagiaanku sekarang hanya pada anak-anak kembarku, dan juga Fir. Oh Fir! Tolonglah diriku dari mangsa kejahilan suamiku ini. Dan pada malam itu Izah tidur bersama anak-anaknya, sambil memegang sapu tangan yang telah disembur wangian Chanel pemberian Fir. Suaminya entah hilang ke mana. Terasa dekat dirinya dengan lelaki itu, seperti dipeluk dari belakang di atas katil itu. Izah menangis senyap sehingga terlena.

Malam yang dingin itu amat menggusarkan Ayu. Pusing kepala otaknya memikirkan gerangan penunggang motosikal yang melemparkan kad ke ribanya di lebuhraya tadi. Kad itu dikeluarkan dari sampulnya dan dibaca semula, "Ayu sayang, I love you so much." Tiada sebarang tandatangan disisi kad itu. Dihalusinya satu persatu kemungkinan lelaki-lelaki yang dikenalinya, mungkin ada di antaranya ialah penunggang misteri itu. Dilakarkan deskripsi kejadian petang tadi dengan lagak seorang penyiasat kawasan jenayah (CSI). Setiap inci ukuran badan dan kad itu disiasatnya. Tiada sebarang haruman, tiada sebarang kesan cap jari, tiada sebarang pengenalan diri, kelajuan dan jarak pun tidaklah terlalu sekata dengan keretanya.

"Fir! It was him!"

Secara tiba-tiba ingatan Ayu terbayang dirinya duduk memeluk Fir di atas Ducati merah bulan lepas. Semasa itu mereka bersiar-siar di sekitar bandaraya atas permintaan Ayu yang teringin menaiki kuda merah Fir itu. Dia ingat lagi, Fir memakai jaket Ducati dan helmet yang hampir sepadan dengan penunggang misteri itu. Malah itulah pakaian motosikalnya setiap hari. Mungkinkah Fir yang membuat aksi gila tadi? Apakah sebabnya Fir berbuat sebegitu? Mungkin misteri penunggang itu sudah terjawab, tetapi sebabnya belum dapat dirungkaikan. Maka tidurlah Ayu dengan persoalan itu, dan tidak dengan memeluk kad pemberian Fir itu.

Pagi itu Fir terasa malas ke tempat kerjanya. Paling tidak pun dia akan bertolak lewat sedikit dari biasa. Fikiran Fir pagi itu terlalu ke arah interpretasi mimpi dan juga perempuan misteri itu. Wajahnya agak samar dalam ingatan Fir, tetapi gerak hatinya mengatakan dirinya pernah terjumpa dengan perempuan itu. Siapakah dia? Dalam bilik air, semasa bersiap dan sedang menunggu enjin Ducatinya panas, Fir nampak tidak fokus. Apa-apa pun dia mesti menyelidiki identiti perempuan itu dan menyelesaikan misterinya sendiri. Mungkin semua orang punya misteri tersendiri.

Deruan enjin Ducatinya menderu lebuhraya. Menunggang sambil mendengar muzik trance DJ Tiesto mempengaruhi kelajuan motosikalnya. Kerana lewat setengah jam ke tempat kerjanya, Fir terpaksa merangka sebab yang konkrit. Kelaparan di atas jalan itu memaksa Fir menghabiskan 10 minit di stesen minyak membeli beberapa biji donut Dunkin' Donuts untuk dibuat bekal sambil membuat panggilan kepada bosnya. Bosnya cuti hari ini, jadi hari ini perjalanan di pejabatnya meriahlah tanpa pengawasan. Dan seperti kebiasaannya, Fir akan memeriksa jadual kerjanya, memeriksa e-mel, pergerakan aliran mata wang asing dan membaca akhbar yang tersedia di mejanya bersama secawan teh panas.

Hari ini Fir akan keluar bertemu dengan wakil agensi Lea Bernadette. Pembentangan kertas kerja di antara syarikatnya dengan agensi itu pasti memakan banyak masa, proses dan melalui banyak tahap. Fir tidak perlu terasa gusar kerana semuanya telah disediakan. Projek ini bukan sekadar menguntungkan kedua belah pihak, tetapi juga bakal membuahkan laba yang besar kepada Fir secara peribadi, kerana dia maklum projek-projek seterusnya akan menjadi miliknya. Ini bermakna semakin bertambah rezekinya. Semakin besar tanggungjawabnya. Dan semakin rakuslah dirinya.

Dengan segala aset yang dimiliki, Fir mampu hidup mewah. Pendapatan bulanannya lebih kurang pendapatan pengerusi syarikatnya. Tetapi Fir tetap sayangkan kerjayanya. Dia lebih suka berada dalam kedudukan sekarang kerana dirinya berasa lebih senang dan dekat dengan sesiapa saja. Rakan-rakannya yang berbilang kaum dan latar belakang amat menyenanginya. Fir tidak lokek berbelanja untuk bergembira secara berjemaah. Fir tidak kisah duduk makan dimana saja asalkan boleh melepak dengan rokok sebatang dua. Bahkan setiap bulan, Fir pasti memesan berkotak-kotak pizza untuk santapan staf di unitnya. Jika ke luar negara, rakan-rakan rapatnya akan mendapat hadiah daripadanya. Jika ke Indonesia, Fir akan menghadiahkan rokok kretek dan t-shirt. Seronok Fir melihat kegembiraan rakan-rakannya menerima hadiah, seperti Iskandar yang dihadiahi jersi AC Milan dan pasukan kebangsaan Itali semasa Fir bercuti ke sana tahun lepas.

Hartanya tidaklah melimpah-ruah sangat, tetapi Fir bahagia dengan apa yang dilakukannya. Dia bangga kerana berjaya membantu keluarganya tanpa perlu menyusahkan orang lain. Dia berbangga kerana adik-adiknya kini berjaya dalam bidang masing-masing. Tetapi Fir memang pandai memusing pendapatan dan simpanannya. Selain membuat pusingan semula modal perniagaan Internetnya, Fir melabur dalam beberapa saham. Keuntungan dari beberapa sumber, termasuk gaji bulanan membolehkannya menubuh tabung simpanan dalam dolar AS. Kewangannya kukuh, tetapi dirinya belum punya teman wanita yang benar-benar istimewa. Sayang pada Izah dan Ayu, tetapi hatinya belum tetap.

Aktiviti paginya dikejutkan dengan ketukan di pintunya yang sentiasa terbuka itu. Kerani unitnya mengiringi seorang staf daripada jabatan lain untuk bertemunya. Fir mempersilakan mereka masuk, dan kerani itu memanggil staf yang sedang menunggu untuk masuk. Staf itu mengucapkan terima kasih kepada kerani itu dan masuk ke bilik Fir.

Fir menyambut staf itu dengan penuh sopan dan hormat. Serentak itu jugalah matanya membuat scanning menyeluruh secara senyap terhadap staf itu. Staf wanita itu memakai jaket hitam, blaus putih dengan seluar hitam bersaiz 26. Dia membawa sekeping fail. Tubuhnya sedikit kurus daripada Ayu, tetapi buah dadanya agak menonjol. Bentuk badannya boleh tahan menawan. Kasut tinggi yang dipakainya bersaiz 6 dengan rambutnya lurus disanggulkan. Sedikit pemerah pipi dan lipgloss digunakan, bulu matanya melentik dipakaikan maskara dan pembayang mata menyerlahkan kecantikannya. Cara duduknya lurus dan kakinya dirapatkan. Fail yang dibawanya diletakkan ke atas riba dan nyata dia agak selesa di pejabat Fir. Wanita itu tersenyum. Dan setelah analisis dilakukan, barulah Fir terperasan sesuatu. Sesuatu yang pernah dilihatnya.

"Encik Fir, nama saya Tina."

Macam pernah kulihat dia ini, fikir Fir. Kelibatnya pernah dilihat di kafe pejabatnya. Itu ialah kepastian yang sahih, tetapi ada lagi sesuatu yang amat menusuk kotak kiub fikirannya. Apakah ini perempuan misteri berpakaian pramugari Firefly dalam mimpinya semalam?

Sunday, February 15, 2009

Episod 5

Fir tiba di kondonya, meletakkan beg dan jaket kulitnya ke tempat yang telah disediakan. Kasutnya dibuka dan disimpan di atas rak. Terus dia ke dapur membuka peti sejuk meminum air kosong. Kemudian dia berlalu ke ruang tamu, membuka televisyen menonton bahan tontonan ringan dan juga berehat sebelum mandi.

Dia merasa amat puas hari ini. Dua insan pujaan hatinya gembira dengan hadiah mereka. Dia juga puas kerana dapat bertemu serta bermesra dengan mereka. Dua kucupan daripada Izah dan Ayu melengkapkan harinya yang agak gemilang. Awal hari ini ketuanya memuji hasil kerjanya di depan ahli lembaga pengarah, dan ini dibuktikan melalui e-mel yang diterimanya. Dan dia juga sudah melakukan sesuatu yang agak berani tadi sebagai lelaki yang meminati sang gadis yang pasti tertanya-tanya tentang dirinya.

Setelah memasak dan makan malam, Fir berdiri di balkoni kondonya. Malam itu dia berasa satu kekosongan. Kosong seperti nombor sifar dalam kertas ujian Matematiknya semasa darjah satu. Apakah rasanya berjiwa kosong di malam hari, terutamanya malam ini setelah melalui hari yang cemerlang, gemilang dan terbilang tadi? Fir merasakan monyet-monyet yang bergayutan di pokok berdekatan kondonya itu lebih bahagia daripadanya. Hendak menelefon Ayu, takut mengganggunya pula. Mungkin Ayu tengah makan bersama keluarganya. Menelefon Izah pula mungkin membawa padah kepada sang isteri. Apa pula berlaku dengan Izah jika dia bertengkar dengan suaminya lagi? Fir tidak mahu Izah menangis mengadu padanya tentang perangai nirrojim suaminya itu kerana kasihankan Izah. Bermacam-macam idea difikirkan untuk menghibur malamnya yang sepi itu. Ke pawagam, macam bosan. Ke padang futsal nanti takut keletihan sangat. Ke kelab malam, sudah lama tidak menjejak ke sana nanti takut terjebak pula. Apakah kesudahannya?

Suriani merenung komputernya. Satu persatu gambar dilihat. Dia tersenyum sendirian mengenangkan keseronokan malam tahun baru itu bersama kawan-kawannya. Tarian kumpulan mereka malam itu memukau hadirin, dan dia tahu dirinya menjadi perhatian ramai. Ya, salah satu gambar yang paling lama ditenungnya ialah gambar Fir mendakapnya dari belakang. Suriani tersenyum sedikit. Mengenangkan kenakalan Fir malam itu sambil berfoto dengannya amat menyenangkan hatinya. Seketika didakapi Fir amat girang hatinya. Sebab itu dia beranggapan Fir menyukainya. Tatkala melihat kemesraan Fir dan Ayu petang tadi, dia berasa dirinya seperti tunggul. Mulalah dia mengandaikan Ayu itu sepertinya. Ah, kenapa dia, Fir? Kenapa bukan aku?

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Suriani berasa amat malas untuk melayan sebarang panggilan. Tanpa melihat siapakah pemanggilnya, dia menyahut.

"Assalamualaikum, Suriani."

Dada Suriani berombak kencang. Suara dalam talian itu amat menggetar jiwanya. Dia amat mengenali suara itu. Suara yang agak berpengaruh dalam pejabatnya.

"Suriani sudah tidur ke? Kenapa diam saja?"

Itu suara Fir! Padanlah Suriani seperti disumpah menjadi patung lagaknya. Lelaki idamannya menelefonnya. Dia sungguh gembira.

"Oh Fir, maafkan saya. Saya sedang mengemaskan PC tadi. Apa mimpi call saya malam ni," eh eh, banyak pulak cengkadak kodok Suriani ni. Dah pujaan hati call berlagak tak tahu pulak.

Perbualan mereka cuma sekitar 10 minit sahaja. Itu pun Fir banyak bercakap mengenai kerja. Sesekali Fir bertanyakan tentang dirinya dan ada juga mereka berkongsi cerita mengenai malam tahun baru itu. Ada juga mereka ketawa dalam perbualan. Dia berasa amat bertuah kononnya. Cuma apabila bab Ayu disebut, hatinya bagai dicucuk sate kambing. Oh Fir, mengapa tidak kau berkongsi dirimu denganku?

Lebih baik aku tidur daripada melayan perasaan yang entah ke mana hala tuju wawasannya bersama Fir... atau mungkin dengan lelaki lain.

Fir tersenyum sendiri. Seronok pula berborak dengan Suriani ni, adalah jugak terbuang masa untuk mengisi jiwa kosongnya. Dan kelaparan menerjah dirinya, lantas peti sejuk dapur menjadi mangsa. Sambil menonton rancangan Chef At Home kelolaan Chef Michael Smith dari dapur, dia membuat sedikit snek malamnya sebelum tidur. Skil memasaknya tidaklah sehebat mana, tetapi cukup sekadar kenyang dan sedap dimakan. Akan tetapi, dapurnya memang lengkap dan peti sejuknya penuh terisi. Sebab itu dia suka memasak di rumah, walaupun ringkas tetapi mampu memberikan kepuasan. Alangkah seronoknya jika Izah datang memasak untuknya dan menikmati makan malam romantik bersama... alangkah seronoknya Ayu menikmati hasil masakan Fir yang memasak penuh gaya. Indahnya angan-angan Fir yang mungkin belum saja sampai waktunya.

Malam itu Fir tidur nyenyak. Kamar peraduannya cukup menggamit sesiapa saja untuk tidur di ranjangnya. Bayu malam yang memasuki kamarnya membuai enak, dan cahaya yang amat malap memberikan mood beradu buat para pasangan yang mahukan privasi di balik langsir satin di birai katil itu. Kesejukan malam menggauli tubuh badan penghuni katil yang empuk selesa itu. Sekonyong-konyong tubuh Izah datang menghampiri katil Fir, melabuhkan punggung pejalnya di tepi katil dan mengusap-usap rambut Fir. Kebaya berbelah paras pangkal betis dan wangian Chanel yang dipakainya membangkitkan Fir dari tidurnya. Dia terpegun melihat Izah disisi katilnya, seksi berkebaya persis pramugari Penerbangan Malaysia.

Izah merapatkan dirinya ke arah Fir dan menguak sedikit belahan kebayanya. Senyuman manis Izah membuatkan Fir terpana tanpa kelip. Deria baunya tercium haruman Chanel yang dihadiahinya siang tadi. Secara tidak sedar tangannya merayap ke pangkal paha Izah yang terdedah itu. Desisan manja Izah menaikkan amarah nafsunya. Fir lantas merangkul Izah ke katilnya perlahan, membaringkannya dan menggaulinya dengan lembut.

Mereka sedang memulakan adegan cengkerama apabila Fir tercium haruman yang amat lain pula. Izah bangun dari sandarannya dan melambai-lambai ke arah susuk tubuh yang mula menampakkan dirinya. Fir bagai dipukau melihat saja aksi Izah yang menarik tangan misteri itu. Dalam pesona sirna yang menyelubungi Fir dapat saksikan tubuh seksi yang menggiurkan berpakaian serba merah persis pramugari AirAsia pula datang ke arah mereka.

Wajah yang disembunyikan dalam haruman itu amat mengejutkan Fir secara lembut. Wangian Dior itu menampakkan Ayu sebagai perempuan serba merah itu. Kali ini Izah memberi laluan padanya untuk menjalar ke atas tubuh Fir yang hanya berseluar boxer sahaja. Ayu membuka zip bajunya sedikit, menunjukkan lurah dendamnya yang menghantui Fir di pejabatnya. Ayu melunjurkan badannya, menjilat bibir Fir dan mengucupnya.

Fir berasa terlalu hebat malam itu. Kedua-dua permata hati dalam fantasi penerbangannya melayan dirinya bagaikan seorang raja yang baru pulang dari peperangan. Kedua-duanya sedang bergilir-gilir menggauli Fir di atas ranjang, bergilir-gilir mendedahkan tubuh mereka satu persatu. Tubuh-tubuh mulus bergeselan antara mereka bertiga. Kucupan penuh berahi merancakkan suasana. Desisan mereka menghangatkan malam yang sejuk itu. Kain kebaya, skirt pendek, stilettos, blaus dan boxer gugur ke bawah katil. Pakaian dalam La Senza bertaburan di lantai.

Kali ini giliran Fir membaringkan Izah dan Ayu ke atas katilnya. Dia memulakannya dengan Izah dan kemudiannya Ayu. Fir memerhatikan dengan penuh bernafsu aksi erotik Izah dan Ayu bersama menggauli sesama sendiri bagikan pasangan lesbian yang mabuk cinta. Memang lain benar perasaannya melihat dua perempuan menyusuri tubuh masing-masing tanpa seurat benang. Fir menyambut mereka dan di bawah gebar yang selembut sutera itu Fir mendayungi mereka seolah-olah syurga itu milik mereka.

Dan tidak Fir sangkai gebar asmaranya ditarik lembut oleh satu tangan yang lembut. Fir amat terkejut kerana wajahnya tidak dapat dilihat, tetapi pakaiannya persis pramugari Firefly itu menarik perhatiannya. Dan tidak disangka-sangka Izah dan Ayu menarik susuk tubuh itu ke arah mereka. Dan seketika itu Fir dapat menangkap imbasan wajah perempuan misteri itu. Fir pernah melihatnya sekali imbas tetapi entah dimana.

Siapakah perempuan misteri erotik itu?

Wednesday, February 4, 2009

Episod 4

“Kiranya kau tahu, betapa girang hatiku bila melihat wajahmu… andai kau tahu betapa aku amat meminatimu… tahukah kau sepatutnya akulah dalam rangkulanmu itu…”

Gadis itu menyorokkan diri di sebalik sudut, memerhatikan aksi spontan mereka berdua. Matanya seperti berair seakan memendam rasa. Dia merasakan peluangnya untuk merapati Fir seakan lebur tatkala Ayu mencium pipi Fir, lantas berjurai setitik dua air mata jatuh ke pipi. Tetapi gadis itu tetap tabah, dan menanam azam untuk berdampingan dengan Fir, walaupun cuma seketika. Secara perlahan-lahan gadis itu pergi dari situ, menahan gelodak kecemburuan yang mula mencucuh jiwa.

Ayu melepaskan rangkulannya dari bahu Fir. Dokumen yang diberikan kepada Fir untuk disemak diambilnya semula. Satu persatu helaian kertas kerja dan urusniaga disemak semula untuk memastikan Fir telah melakukan tugasnya. Ayu tersenyum dan dengan hadiah set wangian Dior pemberian Fir di tangan, Ayu berlalu sambil menyanyi kecil seperti mergastua berkicau cip-cip-cip di dahan pokok beringin.

Fir berdiri melihat Ayu pergi. Melihatkan Ayu berlalu dan berkicauan seperti burung pipit itu terasa mahu dikejarnya bak sang garuda, tetapi ditahannya. Nanti apa pula kata orang, fikirnya. Fir tersenyum dengan reaksi spontan Ayu tadi. Ciuman di pipi dan pelukan seketika melengkapkan hari indah Fir. Tak sia-sia aku berhabis untuk mereka, bisik Fir sendirian. Biarlah, biarkan Ayu dan Izah berseronok dengan permainan mereka itu. Permainan set Chanel dan Dior pemberiannya, untuk dirinya juga. Pelaburan menyerah diri yang bijak, bernas lagi berkrim.

"Wah Ayu, hebat betul kau ni. Baru tiga bulan bekerja dah dapat hadiah mahal. Secret admirer bagi ke?" usik Lina tatkala Ayu meletakkan barangnya di meja.

"Alah, client bagi kat aku, bukannya ada sesiapa pun yang minat kat aku ni," ujar Ayu merendah diri. Ayu memang terkenal dengan keramahannya.

"Macamlah aku tak tahu, Ayu. Takkan kau tak perasan perhatian Fir kat kau akhir-akhir ni. Dari malam tahun baru aku perasan. Kemain lagi korang berpegangan tangan," tempelak Lina.

"Hish, mana adalah! Fir dengan I saja je tu. Nak jealouskan kawan-kawan, macam kau. Eh, aku nak buat pulanglah. Jom balik."

Sebenarnya dalam dasar hati Ayu sendiri mengakui kata-kata Lina tadi. Fir seperti memberi perhatian lebih padaku, fikirnya. Fir sungguh romantik bila bersamanya. Ayu rasa hidupnya agak bahagia sejak mengenali Fir. Masakan Ayu membelikan Fir CD Katy Perry, berpakaian menarik dan menggeselkan kaki. Habis, kucupan yang dikongsi pada malam tahun baru dan kata-kata cinta Fir itu, ah, bukankah itu petanda bahawa Fir mencintainya? Bukankah pemberian Fir itu tanda kasih sayang Fir padanya? Habis tu apakah alasan Ayu apabila mencium pipi sepantas 0.05 saat serta rangkulan sedetiknya tadi?

Oh my god, Ayu, wake up! Fir mencintaimu! Ayu, tidakkah kau juga menaruh hati padanya?

"Aku juga sayang padamu, Fir. Loving every moment with you," dalam tidak sedar Ayu menuturkan kata-kata itu perlahan. Terus dari dalam hati nuraninya.

Tetapi ada satu masalah. Ayu telah mempunyai teman lelaki, dan mereka sedang rancak merangka pelan projek pembinaan ‘masjid’ yang bakal didirikan, mungkin tahun depan. Ini bermakna Ayu berada dalam dilema, sesuatu yang amat ditakutinya. Dilema ialah suatu perkara yang amat menggusarkan kerana keputusan yang tepat harus diberikan dengan penjelasan terperinci dan praktikal. Potensinya untuk curang terhadap boyfriendnya demi kecenderungannya terhadap Fir amat cerah sekali ketika ini. Sayang tetap sayang, cuma sayangnya boyfriendnya itu agak naïf dan baran orangnya. Walaupun sudah dua tahun bercinta, tetapi jiwa Ayu tidak pernah mengalami cetusan cinta sehebat ini bersama Fir. Ianya bagaikan deru pesawat Garuda Indonesia di landasan 32R KLIA. Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini mereka selalu bertengkar mengenai perkara sekecil biji sawi. Entah mengapa.

Fir duduk menyendiri. Membiarkan mejanya berselerak dengan kertas-kertas kerja. Secawan kopi panas dihirup melegakan kesejukan pejabat yang menggigit. Bekalan Marlboronya belum disentuh lagi hari ini. Kopinya diminum sehingga habis, mejanya dikemaskan dan segala kelengkapan untuk memulakan hari esok disediakan supaya tidak kelam-kabut pada keesokannya. Semuanya siap, fikirnya. Mengerling jam dinding sudah menghampiri pukul enam, dan Fir terasa mahu pulang awal hari ini.

Ayu memandu keretanya dengan selaju 70 km/j. CD lagu-lagu trance Armin van Buuren yang terpasang ditukar dengan lagu-lagu cinta. Dia menyanyi sendirian betul-betul setelah melintasi gerbang tol Smart TAG. Tidak sabar untuknya membuka hadiah yang terlentang dalam beg kertas. Memang benar Fir sayangkan aku, fikirnya.

Pemanduan Ayu yang agak terikut-ikut dengan lamunan fairytalenya dikejutkan dengan hon kuat dan lantunan cahaya lampu daripada sebuah motosikal. Ayu terkejut dan hampir membrek keretanya, tetapi dapat dikawalnya. Ayu dihinggapi rasa bersalah kerana lalai dalam pemanduan. Dan yang menambah kepucatan wajahnya, motosikal itu mulai perlahan dan melaraskan kelajuannya sekata dengan kereta Ayu.

"Habislah aku kali ini."

Penunggang motosikal itu meminta Ayu membuka tingkapnya. Dalam ketakutan, Ayu menurunkan tingkap. Muka Ayu kalau ditoreh nescaya tiada darah keluar darinya. Alangkah indahnya jika ini mimpi semata-mata, detup hati Ayu.

Lain pula yang berlaku. Dengan tidak semena-mena sekeping kad dilayangkan ke riba Ayu. Ayu kehairanan, dan belum sempat Ayu cuba mengecam penunggang itu membuat flying kiss lantas memecut laju membelah lebuhraya.

Siapakah penunggang misteri itu?