Thursday, January 29, 2009

Episod 1

"Terima kasih ya abang. Ayu datang lagi petang nanti."

Fikiran Fir terganggu. Matanya merenung tepat ke arah gadis yang berlalu pergi itu. Tidak pernah dia melihat gadis itu begitu cantik dan menarik seperti hari ini. Fir seakan tidak percaya, sebentar tadi gadis itu datang ke mejanya. Gadis itu datang padanya seperti dedaun yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa Perancis tingkatan lima.

Bukannya aku tak pernah lihat dia, getus dirinya. Setiap hari dia akan datang dengan buku-buku serta skirtnya itu. Gebu, putih sekali. Tidak pula Fir tertarik padanya ketika itu. Setiap kali itulah dia akan singgah ke mejanya. Tidak cukup dengan itu, gadis itu akan membuka kasut tingginya, menggeselkan kaki dihadapannya. Tak cukup dengan itu, Fir pasti 'diseksa' dengan pemandangan lurah bukit yang indah. Peliknya, tidak pulak Fir terpikat ketika itu.

Lantas apa menarik minatku padanya, maka bermainlah segala perasaan dalam diri Fir. Perang perasaan umpama perang pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.

Semuanya bermula pada Hari Raya yang lepas. Dengan menggunakan kuasanya sebagai pengerusi majlis, Fir yang pada mulanya meng’usya' Suriani yang berwajah iras Cina terus tertancap Ayu ke dalam perhatiannya. Suriani lantas dilupakannya. Ayu amat menarik, ayu dan bersopan-santun. Tutur bicara yang tersusun dari bibir basahnya itu menggetar jiwa Fir. Layanan dan kemesraannya terhadap Fir amat mencairkannya bagai ketam cair bersalut mentega beralkohol, meski sedia maklum rakannya juga meminati gadis itu.

Fir tidak lagi menoleh ke belakang. Dengan lagak bagaikan pemandu Scuderia Ferrari, Fir meneruskan langkah. Setiap kali Ayu datang, Fir akan berbual dengannya. Fir mengemaskinikan penampilannya seperti seorang CEO, James Bond, Perdana Menteri bahkan Ricky Martin, tertakluk kepada pilihan pemakaiannya pada hari-hari tersebut. Fir selalu memberikan Ayu gula-gula kesukaannya. Fir mula menelefon bertanya perkembangan diri Ayu hari-hari. Fir sudah pandai mengajak Ayu keluar makan dan sudahpun berani menghantar Ayu pulang!

Selama ini, Fir cuma punya seorang pujaan hati. Kekasihnya bekerja tidak jauh dari pejabatnya. Perkenalan yang didahului dengan pelanggaran di depan bengkel motor itu pembuka kisah cinta serong mereka. Semuanya sudah mereka lalui bersama. Berkongsi tawa dan duka hampir sepanjang masa. Bertemu jika ada peluang. Menjamu selera andai masa terluang. Bermain cinta seolah-olah cinta itu permainan Barbie & Ken yang dijual di Toys 'R' Us. Dan membawanya merentasi bandaraya dengan Ducati hypermotard miliknya.

Acapkali mereka mengusik sesama sendiri. Dan rentetan itu sudah tiga kali mereka melayari bahtera asmara tanpa batasan. Fir amat puas kerana dapat menidurinya. Setiap desahan, kucupan, rangkulan, sentuhan tubuh yang mengasyikkan menambah nikmat dalam hubungan mereka. Filipina, Singapura bahkan kabin persendirian eksklusif Airbus A380 menjadi saksi cinta mereka berdua. Harus Fir akui, kekasihnya itu memang cantik dan Fir amat mengambil berat tentangnya. Tetapi sayang, kekasih gelapnya itu hak milik orang lain. Dan mempunyai anak kembar pula.

Ah, serongnya cinta. Fir bermain cinta dengan isteri orang!

Cinta pula dipersalahkannya. Kalaulah Fir boleh memahami.

Tetapi dengan Ayu, dunia Fir kini lain. Ayu mula memberikan perhatian padanya. Ayu mula menyukai koleksi model keretanya. Ayu juga membelikannya CD Katy Perry kesukaannya. Ayu mahukan Fir membawanya keliling bandaraya dengan Ducatinya. Ayu semakin galak berpakaian menarik dan menggeselkan kaki di tepi meja Fir dan mengusiknya.

Dan malam pesta tahun baru menjadi batu loncatan buat Fir. Berbekalkan penampilan ala James Bond baru mandi laut, Fir merapati Ayu yang amat seksi pada malam itu. Ayu tersenyum riang melihat Fir pada malam itu.

“Ayu, ikut abang sekejap. Kita berjalan-jalan ya.”

Sedang rakan-rakan lain berseronok sakan, Fir dan Ayu menyusuri pantai buatan itu berdua. Dengan cuaca malam itu pukul sepuluh itu seakan mengizinkan, mereka semakin rapat dan bercerita sambil berkejaran seperti anak-anak kecil. Mereka bermain air dan mengusik sesama mereka.

Entah bagaimana, Fir berdiri menghadap Ayu dan mencapai jejarinya. Ayu terlopong tetapi tidak membantah, bahkan merelakannya. Fir merapatkan tubuhnya ke arah Ayu dan menggenggan erat kedua-dua tangannya. Fir meluahkan perasaan yang terbuku dihatinya. Kemas dan tersusun tutur bicaranya.

“Ayu, I love you,” lancar sekali lafaz Fir mengucapkannya, “Whatever it takes to make you happy, I will do it for our love, dear.”

Fir merangkul pinggang Ayu, perlahan-lahan mengusapnya. Ayu menutup matanya. Bibirnya merekah sedang Fir merapatkan tubuh Ayu ke arahnya. Di kala air mencecah kaki mereka, angin bertiup perlahan amat, bibir Fir dan Ayu bertaut rapat. Ayu kelemasan dalam rangkulan Fir.

Apa yang bakal berlaku kepada Fir dan Ayu?

No comments: