Tuesday, March 3, 2009

Episod 7

Fir dan Tina sedang membincangkan beberapa isu berkenaan prosedur jabatan dalam melaksanakan tugas syarikat. Sebagai seorang penolong audit dari jabatan kewangan, Tina harus memastikan segala rekod kerja serta peruntukan yang digunakan adalah konsisten. Rekod audit dari unit Fir amat penting untuknya menyiapkan laporan audit yang bakal dibentangkan. Fir melampirkan dokumen-dokumen yang berkaitan serta memberikan laporan terperinci disertai rujukan buku teks untuk penilaian tahap rendah oleh Tina. Semuanya berjalan lancar dan setelah selesai, Fir mengambil kesempatan untuk mengenali Tina dengan lebih dekat.

"Cik Tina, sebelum ni pernah kerja dengan airline company ke?"

"Ah, Encik Fir, orang macam saya ni mana layak nak jadi pramugari. Bukannya saya ni cantik sangat. Lagipun, tengoklah kerja saya ni. Nak berfesyen pun belum tentu pass ni," terang Tina sambil merendah diri.

Tak cantik kau kata? What the hell or heaven are you talking? Fir sekali lagi scan Tina sambil berbicara tentang diri masing-masing.

"Oh ya, Encik Fir, saya perlu balik ke office. Laporan ni saya kena submit dengan bos. Tau-tau jelah dia tu, kalau terlambat semua orang disemburnya. Terima kasih sebab bagi kerjasama."

"Sama-sama, Cik Tina. Kalau ada apa-apa call saya ye. Err, by the way, boleh saya minta nombor handphone Cik Tina?" dan nampaknya enjin Fir mula memutarkan bilah propellernya.

"Ini kad saya, jika ada kelapangan bolehlah call. Nice meeting you, Mr. Fir. Have a good day ya."

Tina berlalu dari meja Fir dengan gaya yang menaikkan amarah menawan hati. Fir memandang tanpa berkelip. Dia amat teruja dengan kebijaksanaan Tina berbahas dengannya tadi. Gaya bahasanya Fir perhati dengan penuh mendalam. Fir membuat kesimpulan sendiri... Tina masih belum berpunya, masih baru dalam bidang tugasnya, agak gementar tatkala Fir bersuara sedikit garau sambil merenung sedetik anak mata Tina, minat membaca dan menyukai muzik lembut. Hmm, dalam juga analisis Fir. Ah, sudahlah. Lebih baik aku teruskan kerja, bisik hatinya.

"You too, Tina. Have a pleasant day..."

Ayu semakin pasti bahawa Firlah lelaki bermotosikal yang merenggut ketakutannya di lebuhraya semalam. Antara agenda utamanya hari ini ialah berkonfrantasi dengan Fir tentang semalam. Ayu meneruskan langkahnya bertemu Fir yang dia agak masih lagi berada di pejabatnya. Ayu sebenarnya geram bercampur suka. Geram kerana diperlakukan sedemikian di lebuhraya. Silap-silap boleh mati terkorban ngeri dilenyek treler. Tetapi dia juga menyukai Fir berbuat begitu kerana itu petanda bahawa Fir sanggup meredah segala rintangan untuk bersama dengannya. Mana satu perasaan yang harus Ayu gunakan untuk bersemuka dengan Fir? Mampukah dia menangani sinaran kasih sayang suci murni mata Fir nanti?

Ayu mencapai telefon bimbitnya. Mencari nama Fir sebelum membuat panggilan. Panggilan dibuat, tetapi tiada jawapan. Barangkali Fir meletakkan telefonnya dalam mod senyap. Ayu tidak berputus asa, laju saja jejarinya menulis pesanan ringkas SMS kepada lelaki itu.

Telefon bimbit Fir bergetar tatkala dia baru duduk. Sebentar tadi dia membahagi tugasan kepada stafnya. Ada tiga panggilan tidak dijawab dan satu mesej diterima. Fir tersenyum, nama Ayu terpapar di skrin. Tetapi muka Fir sedikit berkerut apabila membaca mesej gadis itu. Dia tidak faham maksud mesej Ayu. Gadis itu seakan marah padanya, berdasarkan tona teks yang diterimanya. Fir bingung sedetik, kemudian membalas semula. Sekadar mahukan kepastian. Apa yang telah kulakukan padamu, Ayu? Dan apakah maksud Ayu merujuknya sebagai mat motor gila tengah highway? Aku tak faham, sayang. Aku tak pernah buat kerja gila semasa menunggang motosikal. Perbuatan tidak bertanggungjawab di jalan raya boleh mengakibatkan kemalangan maut yang mampu dielakkan, kerana dia mampu mengubahnya.

Kali ini telefon bimbitnya diaktifkan. Satu mesej daripada Ayu diterima. Fir bertambah hairan kerana Ayu masih marah padanya. Ah, tak boleh jadi ni. Fir semakin tak faham apabila mesej-mesej Ayu berikutnya menceritakan tentang layangan kad dalam keretalah, apa-apalah. Fir bermati-matian menafikan penglibatannya dalam kejadian semalam di lebuhraya kerana Fir yakin dengan bukti alibi yang dimiliknya. Bukan akulah penunggang gila itu!

Dan akhirnya sesi berbalas mesej perang bertukar kepada mesej sayang-mayang. Wah, dapat juga Fir menundukkan ego Ayu. Dan terus saja Fir meminta Ayu datang ke pejabatnya petang nanti sambil minum petang bersama. Inilah peluang Fir untuk menderaskan kelajuan skil mengenjen yang diwarisi dalam darah dagingnya. Dan petang yang Fir nantikan menjelma juga. Ayu berpakaian agak singkat hari ini, seolah-olah sengaja menjolok mata Fir yang mula meraung-raung seperti serigala kelaparan epal merah. Ayu kelihatan seperti Bunga Citra Lestari pada hari ini. Kali ini Ayu duduk di tepi mejanya, menyilangkan kaki yang membuatkan mata Fir tertancap pada sesuatu di celah skirtnya. Keris Fir mula terangkat-angkat, tetapi dikawalnya agar Ayu tidak perasan. Kasut tumit tingginya dilepaskan sambil jejari kakinya digoyang sedikit, membunyikan gelang kaki.

"Abang kata nak belanja Ayu minum."

"Sabar ye Ayu, kejap lagi kita turun. How's your day?"

"Eleh, buat-buat tanya pulak. Habis yang SMS tak berhenti tu apa pulak?" sinis Ayu mengenangkan perang SMSnya dengan lelaki itu tengah hari tadi.

"Emm, you look so beautiful. Adorable, and gorgeous. I like it."

There you go, Ayu. Nampaknya Ayu mudah cair dengan pujian daripada lelaki ini. Memang sah Ayu menyukai Fir, tidak tidak masakan dia sendiri memberikan isyarat menggoda jendela nafsu padanya.

"Jom kita ke kafe."

Di kafe, sekali lagi Fir terserempak dengan sekumpulan lelaki berbaju krew pit itu, cuma kali ini mereka sepakat berpakaian segak seakan pemandu-pemandu teksi eksekutif. Mereka berdua mengambil tempat duduk tidak jauh dari situ.

"Abang buat apa hujung minggu ni?"

"Abang nak balik kampung jumpa keluarga. Dah lama tak pulang. Rindu pulak dengan diorang," sambil Fir menghirup Nescafe tarik kurang manisnya. Ayu cuma memesan segelas teh o nipis.

"Kampung abang kat mana? Boleh ikut tak?"

"Ayu betul-betul nak ikut ke? Kampung abang jauh tau."

"Ala bang, saja la. Takkan la tetiba Ayu ikut abang balik. Kang mak abang kata apa pulak," usik Ayu. Pandai jugak mengusik orang budak ni, fikir Fir.

"Ayu, abang nak tengok kad yang mamat tu bagi semalam," pinta Fir.

Ayu memberikan kad itu kepada Fir. Fir membacanya sambil menahan gelak. Ayu kemudiannya bercerita dengan penuh perasaan kejadian semalam. Segala apa yang dingatnya diceritakan sehabis mungkin. Fir mendengar dengan penuh tekun kerana deskripsi lelaki yang diceritakan Ayu memiliki ciri-ciri luaran hampir sama dengannya. Adakah ada lelaki lain yang menginginkan Ayu? Ini tidak boleh jadi.

Mereka berdua tidak lama duduk di kafe, sekitar 45 minit saja. Fir harus naik semula ke pejabatnya untuk membuat sedikit kerja sebelum pulang. Sempat juga Fir meramas paha Ayu yang terdedah luas itu. Muka Ayu merah padam menahan malu. Malu tapi suka. Sudahlah kau Ayu.

Fir duduk sendirian dalam pejabatnya. Ya, sudah lama dia tidak pulang ke kampung mencemar duli mengadap paduka seri ayahanda dan bonda. Mencemar duli konon. Sudah tiga bulan tidak bersua muka, sekadar mendengar suara melalui telefon dan chatting dalam Meebo dengan adiknya. Hujung minggu ini Fir akan berangkat pulang.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Nombor yang tidak dikenali berdering-dering minta diangkat. Nombor itu Fir pernah lihat sebelum ini. Siapakah pemanggil misteri itu?

No comments: