Monday, February 23, 2009

Episod 6

Perempuan berpakaian seperti pramugari Firefly itu hanya senyum dan melihat Fir. Lirikan mata dan senyumannya membuatkan Fir terpana tanpa kelip. Izah dan Ayu tersenyum saja. Perempuan misteri itu membuka butang bajunya satu persatu, tetapi tidak semua, menampakkan colinya yang menutup payudara sederhana besarnya. Kemudian dia melepaskan sanggul rambutnya yang mendedahkan ulikan mayang rambutnya yang lembut diurus Sunsilk. Kaki kanannya diletakkan ke tepi katil Fir. Perlahan-lahan gadis itu melurutkan pantyhose dan mencampakkannya ke muka Fir. Fir terangsang lagi. Dan sebelum sempat Fir memanaskan enjinnya sekali lagi, ketiga-tiga wanita itu menyelubungkan Fir dengan selimut. Maka terperangkaplah Fir dalam kegelapan.

Fir terkejut beruk. Beruk pun rasanya tidak kejang otot seperti itu.Rupa-rupanya fantasi itu mimpi semata-mata. Fir kecewa sesangat!

"Awak memang dah tak sayangkan saya!"

"Saya malas nak melayan awak ni. Sikit-sikit tak boleh, apa yang boleh? Ikut kemahuan awak je semuanya ke hah?"

Malam itu Izah menangis lagi. Tamparan berpijar menyinggahi pipinya yang gebu itu. Pertengkaran yang entah apa-apa menjadikan rumahtangganya seperti hilang pedoman. Suaminya kini lain dari dulu. Siangnya yang indah menjadi punah gara-gara kesetanan suaminya. Apakah yang merasuk suamiku? Dia yang kukenal bukan begini. Semuanya aku berikan, tanggungjawabku sebagai isteri kujalankan dengan penuh dedikasi. Hanya kerana benda-benda remeh, perang sahaja. Padanlah kebahagiaanku sekarang hanya pada anak-anak kembarku, dan juga Fir. Oh Fir! Tolonglah diriku dari mangsa kejahilan suamiku ini. Dan pada malam itu Izah tidur bersama anak-anaknya, sambil memegang sapu tangan yang telah disembur wangian Chanel pemberian Fir. Suaminya entah hilang ke mana. Terasa dekat dirinya dengan lelaki itu, seperti dipeluk dari belakang di atas katil itu. Izah menangis senyap sehingga terlena.

Malam yang dingin itu amat menggusarkan Ayu. Pusing kepala otaknya memikirkan gerangan penunggang motosikal yang melemparkan kad ke ribanya di lebuhraya tadi. Kad itu dikeluarkan dari sampulnya dan dibaca semula, "Ayu sayang, I love you so much." Tiada sebarang tandatangan disisi kad itu. Dihalusinya satu persatu kemungkinan lelaki-lelaki yang dikenalinya, mungkin ada di antaranya ialah penunggang misteri itu. Dilakarkan deskripsi kejadian petang tadi dengan lagak seorang penyiasat kawasan jenayah (CSI). Setiap inci ukuran badan dan kad itu disiasatnya. Tiada sebarang haruman, tiada sebarang kesan cap jari, tiada sebarang pengenalan diri, kelajuan dan jarak pun tidaklah terlalu sekata dengan keretanya.

"Fir! It was him!"

Secara tiba-tiba ingatan Ayu terbayang dirinya duduk memeluk Fir di atas Ducati merah bulan lepas. Semasa itu mereka bersiar-siar di sekitar bandaraya atas permintaan Ayu yang teringin menaiki kuda merah Fir itu. Dia ingat lagi, Fir memakai jaket Ducati dan helmet yang hampir sepadan dengan penunggang misteri itu. Malah itulah pakaian motosikalnya setiap hari. Mungkinkah Fir yang membuat aksi gila tadi? Apakah sebabnya Fir berbuat sebegitu? Mungkin misteri penunggang itu sudah terjawab, tetapi sebabnya belum dapat dirungkaikan. Maka tidurlah Ayu dengan persoalan itu, dan tidak dengan memeluk kad pemberian Fir itu.

Pagi itu Fir terasa malas ke tempat kerjanya. Paling tidak pun dia akan bertolak lewat sedikit dari biasa. Fikiran Fir pagi itu terlalu ke arah interpretasi mimpi dan juga perempuan misteri itu. Wajahnya agak samar dalam ingatan Fir, tetapi gerak hatinya mengatakan dirinya pernah terjumpa dengan perempuan itu. Siapakah dia? Dalam bilik air, semasa bersiap dan sedang menunggu enjin Ducatinya panas, Fir nampak tidak fokus. Apa-apa pun dia mesti menyelidiki identiti perempuan itu dan menyelesaikan misterinya sendiri. Mungkin semua orang punya misteri tersendiri.

Deruan enjin Ducatinya menderu lebuhraya. Menunggang sambil mendengar muzik trance DJ Tiesto mempengaruhi kelajuan motosikalnya. Kerana lewat setengah jam ke tempat kerjanya, Fir terpaksa merangka sebab yang konkrit. Kelaparan di atas jalan itu memaksa Fir menghabiskan 10 minit di stesen minyak membeli beberapa biji donut Dunkin' Donuts untuk dibuat bekal sambil membuat panggilan kepada bosnya. Bosnya cuti hari ini, jadi hari ini perjalanan di pejabatnya meriahlah tanpa pengawasan. Dan seperti kebiasaannya, Fir akan memeriksa jadual kerjanya, memeriksa e-mel, pergerakan aliran mata wang asing dan membaca akhbar yang tersedia di mejanya bersama secawan teh panas.

Hari ini Fir akan keluar bertemu dengan wakil agensi Lea Bernadette. Pembentangan kertas kerja di antara syarikatnya dengan agensi itu pasti memakan banyak masa, proses dan melalui banyak tahap. Fir tidak perlu terasa gusar kerana semuanya telah disediakan. Projek ini bukan sekadar menguntungkan kedua belah pihak, tetapi juga bakal membuahkan laba yang besar kepada Fir secara peribadi, kerana dia maklum projek-projek seterusnya akan menjadi miliknya. Ini bermakna semakin bertambah rezekinya. Semakin besar tanggungjawabnya. Dan semakin rakuslah dirinya.

Dengan segala aset yang dimiliki, Fir mampu hidup mewah. Pendapatan bulanannya lebih kurang pendapatan pengerusi syarikatnya. Tetapi Fir tetap sayangkan kerjayanya. Dia lebih suka berada dalam kedudukan sekarang kerana dirinya berasa lebih senang dan dekat dengan sesiapa saja. Rakan-rakannya yang berbilang kaum dan latar belakang amat menyenanginya. Fir tidak lokek berbelanja untuk bergembira secara berjemaah. Fir tidak kisah duduk makan dimana saja asalkan boleh melepak dengan rokok sebatang dua. Bahkan setiap bulan, Fir pasti memesan berkotak-kotak pizza untuk santapan staf di unitnya. Jika ke luar negara, rakan-rakan rapatnya akan mendapat hadiah daripadanya. Jika ke Indonesia, Fir akan menghadiahkan rokok kretek dan t-shirt. Seronok Fir melihat kegembiraan rakan-rakannya menerima hadiah, seperti Iskandar yang dihadiahi jersi AC Milan dan pasukan kebangsaan Itali semasa Fir bercuti ke sana tahun lepas.

Hartanya tidaklah melimpah-ruah sangat, tetapi Fir bahagia dengan apa yang dilakukannya. Dia bangga kerana berjaya membantu keluarganya tanpa perlu menyusahkan orang lain. Dia berbangga kerana adik-adiknya kini berjaya dalam bidang masing-masing. Tetapi Fir memang pandai memusing pendapatan dan simpanannya. Selain membuat pusingan semula modal perniagaan Internetnya, Fir melabur dalam beberapa saham. Keuntungan dari beberapa sumber, termasuk gaji bulanan membolehkannya menubuh tabung simpanan dalam dolar AS. Kewangannya kukuh, tetapi dirinya belum punya teman wanita yang benar-benar istimewa. Sayang pada Izah dan Ayu, tetapi hatinya belum tetap.

Aktiviti paginya dikejutkan dengan ketukan di pintunya yang sentiasa terbuka itu. Kerani unitnya mengiringi seorang staf daripada jabatan lain untuk bertemunya. Fir mempersilakan mereka masuk, dan kerani itu memanggil staf yang sedang menunggu untuk masuk. Staf itu mengucapkan terima kasih kepada kerani itu dan masuk ke bilik Fir.

Fir menyambut staf itu dengan penuh sopan dan hormat. Serentak itu jugalah matanya membuat scanning menyeluruh secara senyap terhadap staf itu. Staf wanita itu memakai jaket hitam, blaus putih dengan seluar hitam bersaiz 26. Dia membawa sekeping fail. Tubuhnya sedikit kurus daripada Ayu, tetapi buah dadanya agak menonjol. Bentuk badannya boleh tahan menawan. Kasut tinggi yang dipakainya bersaiz 6 dengan rambutnya lurus disanggulkan. Sedikit pemerah pipi dan lipgloss digunakan, bulu matanya melentik dipakaikan maskara dan pembayang mata menyerlahkan kecantikannya. Cara duduknya lurus dan kakinya dirapatkan. Fail yang dibawanya diletakkan ke atas riba dan nyata dia agak selesa di pejabat Fir. Wanita itu tersenyum. Dan setelah analisis dilakukan, barulah Fir terperasan sesuatu. Sesuatu yang pernah dilihatnya.

"Encik Fir, nama saya Tina."

Macam pernah kulihat dia ini, fikir Fir. Kelibatnya pernah dilihat di kafe pejabatnya. Itu ialah kepastian yang sahih, tetapi ada lagi sesuatu yang amat menusuk kotak kiub fikirannya. Apakah ini perempuan misteri berpakaian pramugari Firefly dalam mimpinya semalam?

No comments: